Monday, December 31, 2012

Congrates along and kak leya

Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang :)

lama betul tak update blog ni. haish rindu pula nak meng-update blog yg tersayang ni. ngeh ngeh :)
sementara tengah cuti ni kan. ziha nak share dgn korang la kan wedding along ziha ni. kita start masa dorang tunang la k.


ENGAGEMENT


bulan 6 hari tu, semua family ziha termasuk mak cik pakcik ziha datang penang. al maklum la along dapat org penang kan.so kita org pun semua gerak sama sama pegi penang.

opss lupa nak habaq kat hampa semua. masa ni ceq satu kereta dgn abg ceq si angah tu. so kita org dari KL terus pergi Perlis nak ambil kakak kembaq ceq tu. hehe. mmg penat la perjalanan kita org dari KL nak ke Perlis tu. haish sabar je la. 

boleh pula masa otw tu kereta angah meragam.haish kita org yg dalam kereta tu dah sasopen dah.yela takut tak sampai pula kat Perlis kan. angah kalau bawa kereta kalau tak mcm drift mmg tak sah la kan.haish. so bila kereta dah meragam, kena bawa slow slow la kereta tu. yg akak sibuk dok msg ziha tanya bila nak sampai. ziha kata la kejap lagi sampai la matrik dia tu sbb kereta angah meragam tak tentu pasal.

masa dah nak sampai matrik tu akak boleh pula msg. dia kata tak payah la ambil dia sbb dah malam sgt. takut pak guard tu tak kasi keluar. time tu rasa nak maki pun ada. geram pun ada.yela kita org dah penat penat dari KL nak ambil dia kat Perlis dia boleh kata mcm tu pula.at last pukul 10 lebih mcm tu kita org sampai tempat akak.oppss lupa nak bagi tahu.yang pegi ambil kakak kat matrik tu ziha angah n kak ngah :)

lepas ambil dia kat matrik semua. kita org pun menuju la kat destinasi yg mmg kita org nak tuju iaitu penang. hehe. sampai je homestay kat penang. nampak ada nasi kandar kat atas meja ( family mcm tahu tahu je yg kita org ni mg tengah lapar tahap maksima. haha ) tengok makcik makcik ziha semua tengah sibuk gubah hantaran utk majlis tunang along :)


apa lah yg disembang kan makcik n pakcik ziha tu


ha ni gambar before kita org semua pegi rumah pihak perempuan :D


ok ni sesi menyarung cincin

ok yg bawah ni gambar suka suki :P


dulu cuma ada 2 bunga dlm family ( tak termasuk mak tau.hehe ). skrg dah jadi 4 bunga.yeah :D



RECEPTION IN CHERAS

nasib baik la cuti christmas poli bagi seminggu. kalau tak mmg ziha ponteng kelas la hari isnin tu. hahaha. so ptg khamis balik KL then malam baru sampai.penat penat.

ok ni nak tunjuk dgn korang la kan apa yg berlaku sepanjang majlis persandingan along n kak leya :P peace


peace. haha


goodies kami utk kamu kamu semua yg hadir :)


4 adik beradik yg comel comel. ngee


cantik tak pelamin dia. hehe


sempat lagi ayah sambut befday dia. amboi amboi sweet nya mak dgn ayah ni


my twinnie n my sister in law. wee


TARA !!!!!!!!! :D














ok ni muka muka poyo ziha n akak ziha. 
habis je event tu
kita org terus buat muka.
hahahaha
melepaskan stresss
kononnya la kan


ok ni je yang ziha nak kongsi dgn korang semua :)




SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG N KAK LEYA
SEMOGA KEKAL SAMPAI AKHIR HAYAT ;)


love
ziha  :)

Friday, November 16, 2012

Jodoh !

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang :)

lama rasa nya tak post apa2 kat blog ni. mesti korang2 semua dah rindu kan (ok perasan kejap.ngeh ngeh) sorry la korang semua k. lately ni sibuk sikit dgn final exam. al maklum la kan. org lain semua dah habis final. kita ni baru je nak final. so sibuk study. sibuk dgn cik abg kita lagi (uhuk uhuk) haish batuk pula tetiba. huhu.

ok nak story mory sikit la dgn korang ni kan. dah penat study. so rasa nya nak luang kan sikit masa ni utk update blog saya yg tercinta ni. cewah. hehe. ok kali ni nak story sikit la pasal 'JODOH'.

bila ckp pasal jodoh kan. apa yg terlintas kat dlm kepala korang2 semua ? mcm ziha la kan. ziha selalu fikir jodoh tu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tapi harus lah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya.

ok kalau korang nak tahu, tanda jodoh dalam Islam itu adalah '3M'. Apa itu '3M' eh ? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yg lebih baik InsyaAllah itu lah jodoh kita.


Memahami 

- Setiap pasangan mesti lah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. 

Memaafkan 

- Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga atau sesebuah perhubungan. 

Memotivasikan 

- Pasangan mestilah memotivasi kan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga dah sesebuah perhubungan itu. namun sikap memotivasi kan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda :D

Jodoh dari Syaitan

- merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu di mulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. 

- iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah  kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

Jodoh dari Jin

- ini berlaku di mana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

- iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomoh kan dan disihir kan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

Jodoh dari Allah SWT

- jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehingga lah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta.

- iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2 nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



kat sini ada dua doa yg korang boleh amalkan la :-







lumrah la kan setiap org mesti pernah gagal dalam percintaan. so mesti siapa2 yg pernah putus cinta tu mesti la frust gila2 kan. apa yg kita buat semuanya serba serbi tak kena. so korang kena amalkan doa2 kat atas tu k.selamat beramal :)

love
nnr :)

Sunday, August 26, 2012

RAYA TIME !

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

berlalu lah sudah ramadhan
sebulan berpuasa ~~~
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira ~~~
anak muda dirantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira

yeah. seminggu dah kita semua menyambut syawal kan. mesti korang dpt byk duit raya kan. lagi2 budak2 kecil. lagi la dpt byk duit raya. apa yg korang buat eh raya pertama ni ? skrg ni ziha nak kongsi dgn korang seminggu syawal ni apa dah jadi :)

mcm biasa la. mmg tiap2 tahun family ziha akan raya sebelah ayah dulu. then tgh hari raya pertama baru balik raya sebelah mak pula. pagi raya tu mmg kebiasaan nya ayah, along n angah akan pegi slat hari raya kat masjid. then kita org yg perempuan2 ni akan menyiapkan diri n siapkan juadah utk pagi raya tu. balik je yg lelaki2 ni dari masjid. family ziha akan pegi ziarah kubur arwah atuk dgn nenek. lepas balik ziarah kubur baru kita org bermaaf maafan antara satu sama lain.

habis je drama sedih sebabak.kita org pegi raya rumah wak long, ok utk pengetahuan korang. family ziha sebelah mak n ayah dua2 nya org jawa. ngee. so panggilan utk adik beradik yg lahir dulu sblm ayah dgn mak. kita org panggil wak. panggilan wak ni utk lelaki dan perempuan. then utk adik beradik yg lahir slps mak dgn ayah.kita org panggil paman utk lelaki. dan cik @ makcik @ bibik utk perempuan.

ni ada kenang kenangan dari family ziha utk korang semua k ;)



big family
ni baru separuh  ahli keluarga sebelah mak.



raya pertama :)
peace ^_^



ni cousin ziha yg paling ziha n akak rapat




again.
big family
ni pula family sebelah mak.
sbnrnya ada lagi tau
ni baru separuh
hehe



love
nnr :) 





Saturday, July 7, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH

assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang :)


lama dah blog kesayangan ziha ni terbiar tanpa sebarang cerita kan. al maklum la busy sikit untuk persiapan pergi poli. dah nak jadi mahasiswi dah saya ni. ngee :)

syukur alhamdulillah sebab hari khamis bersamaan 5 julai genap 5 bulan hubungan ziha dgn azrie. wahhh sangat - sangat nya la bahagia. ye la kan. dah la kita org ni jauh. seorg kat semenanjung. seorg lagi kat sabah. mmg banyak sgt cabaran yang kita org lalui sepanjang 5 bulan hubungan ni.

dari cerita pahit sampai la cerita manis yang kita org buat sama - sama. suka duka kita org kongsi sama - sama. dan alhamdulillah walaupun ada je perkara - perkara yang tak di ingini berlaku. hubungan kita org still bertahan sampai sekarang :)

walaupun korang rasa ala 5 bulan takda la lama sangat. still dalam proses kenal - kenal. tapi bagi ziha 5 bulan tu dah cukup lama dan bermakna :) ziha rasa mcm tu sbb skrg ni pun ramai pasangan yang tak mampu nak kekal kan hubungan dorang bila cinta jarak jauh ni.

hubungan kita org pun makin lama makin rapat. cuma lepas ni mungkin agak busy la. sbb dua - dua dah sambung belajar. so kena lah bagi kotmitmen kat pengajian kita org. semua ni untuk masa depan kita org juga. kalau takda pelajaran yang bagus. mmg susah la nak cari kerja yg gaji besar. hehe

senjata dalam perhubungan adalah KEJUJURAN. itu adalah kunci dalam sesebuah perhubungan. setiap perkara yang kita lakukan, haruslah jujur. so ziha harap sangat - sangat, kejujuran itu sentiasa ada dlm hubungan kita org. 

 sayang., harap sangat impian kita tercapai. sayang sangat - sangat kat dear. I LOVE AND MISS YOU SO MUCH SAYANG :D



love
mrs azriena :)

Tuesday, July 3, 2012

mungkin ini yang sudah tertulis

assalamualaikum. kalau jwb syg. kalau tak jwb dosa :)

rasa nya dah lama tak post apa - apa kan. ziha cuma nak share dgn korang semua pasal entry kali ni.

adil tak kalau kita ada pasangan tapi kita sendiri rasa yang kita tak dihargai. apa korang rasa kalau nampak gambar berdua pasangan korang dgn seorang lelaki / perempuan yang sangat rapat dan mesra ? mungkin ada sesetengah daripada kita yang tidak kisah dengan hal itu dan menganggap mungkin mereka hanya kawan. tapi kalau dah berulang kali asyik tangkap gambar berdua rapat - rapat. adakah akan ada petanda buruk yang berlaku ?

bila pasangan kita tidak suka kita berdua atau "snap" gambar dengan org lain. tetapi dorang boleh pula membuat perangai yang sebegitu. adil ke untuk kita macam tu ? tak adil bukan. sebagai lelaki / perempuan, kita mesti kena faham perangai pasangan kita. tak kan kita nak bagi tahu atau nak berlaku jujur bila dah ada hati yang terluka nanti.

setiap pasangan perlu memahami perasaan pasangan masing - masing. bukan tujuan untuk mengongkong kehidupan atau control hidup pasangan. tetapi hanya lah untuk lebih mengenali hati dan perasaan masing - masing dengan lebih dekat lagi.

seandai nya korang ada teman tapi mesra yang begitu rapat, tidak perlu lah korang mengungkit hal - hal peribadi atau cerita - cerita lama korang yang "mesra" tu pada pasangan. ini boleh membuat pasangan anda cemburu !!! dan pada teman tapi mesra tu pula, jangan lah anda terlalu bergantung pada dia atau bersikap "gedik" hanya untuk mengingat kembali memori lama kamu berdua sedang kan dia sudah pun  mempunyai pasangan yang mampu membuat dia gembira dan bahagia. sedang kan anda pula perlu mencari seseorang teman tapi mesra yang lain bagi mengelakkan daripada berlaku 'perang' antara dia dan juga pasangan nya.

bagi yang dah ada pasangan tu pula. jangan lah korang 'snap' gambar berdua dengan lelaki / perempuan lain. mungkin niat korang 'snap' gambar tu sekadar suka - suka. tapi andai kata lelaki / perempuan tu jatuh hati pada korang. dan cuba menarik perhatian daripada korang. apa yang korang boleh buat ? korang akan merasa kesian pada lelaki / perempuan tu dan jadi kan dorang pasangan korang tanpa pengetahuan pasangan korang yang pertama. adil ke korang buat begitu ?

pada kaum adam kat luar sana. korang sepatutnya menghargai apa yang telah korang miliki. bukan nya korang menyakiti hati dan perasaan kaum hawa. ziha ingat lagi kata - kata ustaz idrus " HARAM jika jadi kan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya " . kalau memang niat korang nak jadi kan pasangan korang tu adalah pasangan yang halal buat selama nya. jangan lah korang menyakiti hati mereka. dan kalau korang takda niat untuk menikahi mereka. jangan lah korang cuba - cuba untuk menyentuh pintu hati mereka. 






berlaku jujur lebih baik daripada korang sembunyi kan sesuatu hal. kadang - kadang perkara yang kecil tu lah yang perlu dititik berat kan. jangan korang ingat perkara / masalah kecil boleh dibuat main - main. sebelum buat sesuatu apa salah nya korang beritahu pada pasangan. itu lebih sweet dalam perhubungan. jangan bila dah berlaku sesuatu baru korang rasa menyesal. apa pun tak boleh buat kalau 'nasi dah jadi bubur'. 


entry kali ni ziha cuma nak berkongsi dgn korang semua apa yang ziha nampak daripada orang sekeliling ziha. kita hidup kat dunia ni memang tak sempurna. sebab tu Allah jadi kan hamba nya hidup secara berpasang pasangan iaitu adam dijadikan untuk hawa supaya boleh melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain :)


yang mana terasa tu hope korang ambil note ni untuk berubah kepada yang lebih positif :)




love
nnr :')
 



Tuesday, June 26, 2012

curang vs setia

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

entry kali ni ziha cuma nak kongsi dengan korang semua pengalaman ziha sebelum ni. hope kalau ada pihak yang terasa. ziha mohon maaf. tapi ziha harap sangat pihak - pihak yang terasa tu adalah ke arah kebaikan la :)

kebanyakan lelaki la kan. 3 bulan bercinta. semua nya nampak indah - indah belaka. yang buruk boleh jadi cantik. yang busuk boleh jadi wangi. 6 bulan berikutnya, mula bercerita tentang hal - hal yang berkaitan untuk memasang lebih dari seorang. setahun selepas itu, si dia mula menjauhkan diri sikit demi sikit dari kekasihnya.

masalah ini selalu timbul apabila tiada persefahaman antara pasangan, sikap pasangan anda yang terlalu cemburu, hubungan cinta jarak jauh dan banyak lag sebenarnya punca - pucanya. yang ziha nyata kan adalah punca atau masalah yang utama yang selalu berlaku sekarang ini.


ciri2 kekasih curang

1- Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah - olah ada hal lain yang lebih penting. si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part.

2- Tiba - tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba - tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. ada - ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda - tanda langsung untuk jatuh sakit.

apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh - sungguh dan ingin pulang sendirian. kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3- Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan - makan atau sekadar bersiar - siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. stuasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4- Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. kesilapan anda yang paling kecil pun seolah - olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. walaupun anda cuba sedaya - upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.

paling teruk sekali jika si dia sudah tidak segan - silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5- Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya. sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek - belek telefon bimbit pasangannya. jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.

namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6- Tidak lagi rajin menelefon anda di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali - kali dalam satu hari. si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah. tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7- Berubah sikap dengan ketara jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.

malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain - mainkan !!

8- Asyik lewat ketika temujanji anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam - jam menunggu, barulah nampak bayangannya. anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa. jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang. anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam - jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam. anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain.

9- Menerima panggilan telefon secara rahsia sedang makan - makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok - nyorok ketika menjawab panggilan. jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual - bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik.

jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda.

10- Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda! ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan.

11- Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati. jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam - jam.

anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung. tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain.

12- Kerap memberi alasan sibuk dan penat anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda. si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. anda sering dibiarkan terkial - kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya. sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.

tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. anda perlu menyiasat samada si dia benar - benar sibuk.  mungkin si dia hanya berpura - pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda. lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya.

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak - agak seolah - olah tidak pasti siapa yang memanggilnya.

begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! ini adalah kerana dia sering.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak - gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda.

jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu. petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya. kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15- Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. mungkin si dia tidak sedar kesan - kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini ? si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16- Marah apabila anda bertanya aktivitinya sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan - rakan nya di sebelah petang.

 pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia. tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain.

 Kesetiaan seorang lelaki juga tidak perlu kita ragui. sekarang terdapat juga lelaki yang setia. cuma jumlahnya agak kecil. mungkin susah untuk kita mencari lelaki yang betul - betul setia pada pasangan mereka. tetapi percayalah, apabila mereka betul - betul ikhlas menyayangi pasangan mereka. anda haruslah menghargai apa yang mereka lakukan itu.



ciri kekasih setia 


1- Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba - tiba menjadi selembut kapas. bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

2- Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. situasi ini terang - terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka - suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. betapa beruntungnya kamu.

3- Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

4- Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. ingat, nasihat bermaksud mengingati. dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

5- Cemburu - satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta !!

6- Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. k alau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi.

7- Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. jangan risau bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu.

8- Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9- Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

10- Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. beruntungnya!

11- Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

12- Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “ you masih sayang i ? ”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang - ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

13- Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bbkan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

14- Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Ironinya, sekarang ini, kita haruslah menerima pasangan kita seadanya. bukan menjadikan mereka sebagai alat yang boleh ditukar ganti. ingatlah !setiap kita harus bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki.

love
nnr :)





 

Thursday, June 14, 2012

KERJA LAST MINUTE :)

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

tak sangka dah bulan june skrg ni. haish. tak lama lagi melangkah la ziha ke alam yg lebih mencabar. alhamdulillah dapat tawaran masuk politeknik. mula2 ingat kan seorang je kena pegi sana. tapi tak sangka ada juga kawan lama ziha yg dapat sama tempat dengan ziha.

semalam baru ziha hantar surat jawapan untuk politeknik tu. hehe. perkara gila yg ziha buat adalah borang jawapan tu sebenar nya kena hantar dalam masa 14 hari dari tarikh yg ziha terima surat tawaran tu masa 1 / 6 hari tu. hehe. gila tak gila tu kan. bila surat dah hantar last minute ni. memang kena marah dengan mak la. biasa la. nazihah kan. memang selalu buat kerja last minute. haha.

tapi yang best nya. ayah cool je ziha hantar borang tu last minute. hehe. ayah boleh kata lagi ' takpa kita hantar guna pos laju. cepat sikit sampai ' . masa dengar ayah kata macam tu rasa lega sangat. mana tak nya. sebelum tu dah kena marah dgn mak dan along sebab buat kerja saat - saat akhir :( lepas tu mula la fikir bukan - bukan. mesti surat tu lambat sampai la. takut tak dapat la. haish macam - macam fikir masa tu. tapi lepas ayah dah kata macam tu. rasa happy sikit la. hehe.

sebelum nak pegi pejabat post utk di - post laju- kan borang jawapan tu. ayah call pihak PSP dulu. then dorang kata kalau surat tu lambat sampai dalam masa 2 3 hari takpa sbb dorang masih terima lagi. fuhh. masa dengar ayah kata macam tu. bersyukur sangat - sangat. ALHAMDULILLAH YA ALLAH :) 

so, ziha dan ayah decide hantar surat tu pakai post biasa je. tak payah pakai post laju. hehe. terbaik la ayah ;)  lepas ni kena buat medical check up pula. haish. nasib baik la borang - borang yang lain pihak politeknik suruh bawa masa hari pendaftaran. kalau dalam masa 14 hari tu juga. memang gila la jadi nya. hehe. 




 love
nnr :)

Wednesday, June 13, 2012

cinta vs cita

assalamualaikum.kalau tak jwb dosa. kalau jwb sayang :)

Sementara tengah tunggu masa utk sambung belajar. baik ziha ber-blogging kan. at least dapat juga isi masa lapang ni. hari tu ada seorang kawan ziha ni. dia minta pendapat tentang cinta dan cita - cita. dia juga tanya mana lagi penting antara dua benda tu.

Ziha kata kat dia yg ziha takda jawapan utk soalan dia. ziha bg tahu dia yg bila ziha dah ada jawapan. ziha akan post kat blog. dan sekarang ni jawapan ziha :)

APA ITU CINTA ?

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna. jika tidak, cinta akan cacat. itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. cuma manusia akan melalui tahap - tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhir nya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap - tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. pada mula nya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. cantik nya itu tulin dan tidak ia bertopeng. bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asal nya satu. bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. dia mahu yang dikasihi nya itu hanya khusus untuk
dirinya. dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuh nya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asas nya sebenar nya cinta itu mengetahui. orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. cinta tidak perlu bertanya. manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. mereka tahu apa yang perlu dilakukan. tapi, cinta cuma tahu bercinta. ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. cinta itu punya deria dan perasaan. cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. cinta ada segala - galanya. sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. cinta mengharap balasan cinta. sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa itulah sifat asal cinta, ia suci bagai kan anak yang baru lahir. mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekal kan cinta itu sesuci mungkin. mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. kerana nafsu lah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. dia senyum pada anda dan merapati anda. anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. kerana sifat cinta yang mempersona ini selalu nya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

apa saja yang dilakukan oleh kekasih nya, mempersonakan nya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. akal itu mampu dikalah kan oleh nafsu. nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilai nya. sebenar nya anggapan itu tidak tepat. jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda ? benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
APA ITU CITA - CITA ?

Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. cita - cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh - sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan - angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. bila sesaorang itu ada cita - cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilalui nya.

dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita - citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.dia juga perlu menyabarkan orang - orang yang bersama - samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.

Bila cita - cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan. bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita - cita. oleh sebab itu hidup perlukan cita - cita, perjuangan perlukan cita - cita dan kejayaan juga perlukan cita - cita.

Gantunglah cita - citamu di bulan, nanti bintang akan berguguran diribaanmu.


Itu pendapat tentang apa itu cinta dan apa itu cita - cita. bagi ziha, kalau kita ada cinta, tapi tak ada cita - cita tak ada makna nya. dan kalau kita ada cita - cita  tapi tak ada cinta tak ada guna juga kan.

dua - dua sama penting ziha rasa. yang penting kita pandai urus atau atur kan kedua- dua nya. cinta is cinta and cita is cita. dua - dua penting dalam kehidupan kita. so, itu hanya lah pendapat ziha. setiap orang ada pendapat dan pandangan yg berbeza - beza.

apa yang penting, setiap pandangan dan pendapat perlu kita ambil positif. utk kawan ziha tu. ziha harap skrg dia boleh fikir sama ada kedua - dua nya sama penting atau tidak. apa pon keputusan yg kita buat. kita mesti redha dan boleh terus kan hidup dgn gembira dan bahagia :D


love
nnr :)


Friday, June 8, 2012

ANGAN - ANGAN DAN IMPIAN

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb sg :)

setiap manusia, mesti ada angan - angan dan impian masing2 kan. mcm tu juga dgn ziha. rasa nya mcm nak capai semua sekali angan - angan dan impan ni. siapa lagi yg nak realisasikan kalau bukan diri kita sendiri kan.

first, ziha nak share dgn korang rumah idaman ziha. ziha rasa korang pon mesti angan - angan kan benda yg sama kan.


cantik kan. alangkah bahagia nya kalau dpt rumah
mcm ni :)



ala - ala taman gitu + inggeris design



modern design 


cantik nya. ada swimming pool. haish


tak dpt mcm rumah2 kat ats tu.
rumah ni pon jadi la.
hehe


ok skrg kita tgk bathroom design nya pula. ngee



cantik kan. siap ada jakuzi sekali :)

cute je bathroom ni


smart lah



simple bathroom. modern design


tak sah la kalau kita tak tunjuk gmbar kitchen, bedroom and living room dia mcm mana kan :D


simple dan tak terlalu semak dapur tu.
hehe


cantik bukan. haish. geram tgk design ni


simple design



pilihan colour yg agak lembut + ceria


nice :D


modern bedroom


menarik.
tak terlalu byk brg.
i like :)


design yg sgt simple.
tak perlu letak byk brg pon


tema hitam putih. nice


ok tadi kita cerita pasal rumah kan. skrg ziha nak cerita pasal kereta dan motor yg ziha nak sgt :)



amacam. cantik tak BMW ni ? hehe


insya-allah tak lama lagi milik ziha.
perasan kejap.
ngee


sport car. yeah i love it :D


jenama ducati. 
serious ziha mmg minat naik 
motor yg berkuasa tinggi ni


style la  ^_^


best nya kalau dpt ni

kadang2 angan - angan boleh jadi impian. yg penting mesti kena ada usaha nak dpt kan apa yg kita ingin kan tu. jgn la korang semua ni angan - angan mat jenin. nak kan sesuatu tanpa usaha. harap sgt impian ziha jadi kenangan. amin :)

love
nnr :)