Friday, March 30, 2012

TENTANG MEREKA !

hello guys :)
post kali ni
nak share pasal
satu cerita

ok. ziha ada seorg kwn.
kwn ziha ni dah couple.
nama dia A (bukan nama sbnr)
nama bf dia B (bukan nama sbnr)

  em kwn ziha ni dah couple hmpir setahun 
dgn bf dia.
cerita dia mcm ni.
bf dia ada seorg kwn perempuan.
dorang ni mmg rapat.
yg ziha tak fham skrg ni
nak pegi mana2
perempuan ni mesti ajak bf A ni.
mcm takde kwn lain pula si perempuan ni.
nasib baik la kwn ziha ni
jenis yg penyabar n control
sikap jealous dia tu.
yg ziha pelik dgn bf A ni pula,
ikut je kwn perempuan dia ni.
ajak pegi teman sana sini
pon ikut je.
awk tu kena la
ingat yg awk tu
dah ada gf.

haish
skrg ni si A takut kwn perempuan B ni simpan perasaan kat B.
mcm mana ni ?

ok advice ziha utk A

:- kalau A yakin yg B syg n cintakan A seorg.
A tak perlu risau psl hal ni.
yg penting
byk kan doa kat tuhan
hope hbgn korang smpai akhir hayat :)

advice utk B

:- awk patut rasa bertuah sbb dpt gf yg baik n memahami mcm A.
jgn la awk sia2 kan
kasih syg yg A dah bg kat awk
 maybe awk rasa A jauh dari awk
n perempuan tu lagi dekat dgn awk.
tp kalau hati awk n A bersatu,
awk tak kan rasa jauh dari A.

conclusion, kalau kita ada mslh dgn psgn kita. bg tahu dia tentang apa yg kita rasa masa tu. jgn pendam sorang2. sbb kalau pendam, mkn dalam nnt. so, apa pon yg berlaku, try cari masa n ruang utk korang share problem each other agar masing2 tahu prob yg berlaku. 

*utk psgn yg lain pon. sejauh mana pon pasangan anda berada. kalau betul jodoh korang insya-Allah hubungan tu tak ke mana. yg penting korang kena selalu berdoa kat Allah hope relationship korang hingga akhir hayat. Amin :) 


NNR ^_^

Monday, March 26, 2012

OUTING !

assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang :)

hari ni happy coz dpt hang out dgn member2. mana tak nya ziha mmg jarang sgt dpt keluar dgn kwn2. last keluar pon hari tu dgn tasha, syaza and aiman tgk wayang :) hehe. so hari ni ziha n kwn2 yg lain pilih MINES tempat utk kita org release tension. haish. best sgt dpt keluar dgn dorang

mula2 kita org rancang nak tgk wayang. tp tgk takde cerita best. then tak decide lagi nak buat apa. kita org terus pegi WATSON sbb ziha nak cari barang. kesian kat UMI and SYAFIQAH sbb dorang terpaksa ikut ziha cari brg kat WATSON and FOS. hehe. sorry korang :) 

lps puas la fkir sama ada nak main bowling or karok. then kita org decide utk karok. hehe. best sgt. hari ni ziha belanja korang karok ok :) then 3 jam la juga kita org karaokeingggg. hehe. kita org telah menyumbangkan suara kita org yg lemak merdu ni.huhu :P

tgh menyanyi pon sempat lagi bergambar. peace ^_^


jom ramai2 pilih lagu. hehe

hbis karaoke je kita org mkn then lps tu balik. lagi pon ziha tak boleh keluar lama2 sgt. nnt parents marah. ye la kan. ziha ni still di bawah tanggungan dorang. so mana boleh sesuka hati nak balik pkul brpa. 

mencari jalan pulang. haha




hello awk. nak sikit kfc tu boleh? hehe :)



Saturday, March 24, 2012

10 Tanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama

 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Thursday, March 22, 2012

MIRACLE !

hello :)
i want to share something
but, about what?
let me think

owh ya about SPM result :)
alhamdulillah result ok2 aja
tak dpt straight A's 
but still have A
syukur, alhamdulillah :)

apa yg miracle nya skrg ni kan
hhmmm
guess what?
ziha n akak ziha punya result sama
sama tu brpa kan?
sshh biarlah rahsia
hehe
yg penting result kita org sama
miracle nya sepanjang kita org ambil peperiksaan besar
like UPSR and  PMR
result kita org tak pernah sama lansung
dia selalu dpt result yg gempak dari ziha

now, mcm tak percaya kita org dpt result yg sama
then ramai yg kata kita org sehati sejiwa
haha.
memey la kan dah kata kembar :D

last but not least
thanks cikgu2 SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN (2)
kami tak kan lupa
segala ilmu yg cikgu dah curahkan kat kami
cikgu lah pembakar semangat kami
halal kan segala ilmu2 yg cikgu dah curah kan kat kami

mak ayah
thanks doakan kejayaan kami
thanks dah besar kan kami
utk jd seorg insan yg berguna
terima kasih utk segalanya mak ayah

along angah
thanks sbb tak kedut ilmu
utk ajar adik2 yg nakal ni
thanks luang kan masa utk ajar kami

kawan-kawan
thanks sbb korang sentiasa ada time susah dan senang
thanks sbb korang bg kerjasama kat ziha
sepanjang ziha jadi ketua tingkatan
thanks sbb korang nak luangkan masa
utk buat study group lps skola

terima kasih semua :)


CONGRATES UTK SEMUA CALON2 SPM 2011

Tuesday, March 20, 2012

CONGRATES !

assalamualaikum. kalau tak jawab dosa kalau jawab syg. hehe. ok firstly congrates angah coz finally u kahwin juga. haha. happy + sedih sbb takde masa angah nikah hari tu. al maklum la kan ziha still budak plkn masa tu. so tak dpt nak balik masa tu. happy beb bila dgr sekali lafaz je angah dah jadi seorg suami. wah :) ziha mmg tak tahu cerita apa dah jadi sepanjang angah akad nikah n kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan. but i'm still happy coz dpt balik masa kenduri kat rumah kita org. yeah akhirnya. hehe. perghh yg bengang gila masa balik rumah malam tu first yg angah tgur muka ziha. adoi bang oi. dah kata hidup kat plkn mmg la muka hitam. belasah karang baru tahu. miracle kalau org stay kat plkn muka makin putih. adoyai


ok mmg penat sgt masa majlis tu berlangsung. wah rasa mlm tu mcm tak nak balik KSP balik sbb penat sgt. walaupon penat but still enjoy hari tu. mana tak nya sepupu n pakcik2 ziha berkarok lagi tu.haha. meriah sgt majlis hari tu. tapi kesian kat anis aka bestie akak sbb dia pon penat tolong kita org. thanks anis :) 

AWESOME !!! haha. apa yg awesome kan. ziha, akak n anis pegi kl. haha pada hal kita org nak pegi beli plastic bag je. terpaksa la pegi chow kit sbb takde kedai area2 situ. plastic bag utk bungkus makanan yg lebih2 tu la. awesome sbb anis bwk kereta ayah. yeah. asyik gelak je sepanjang2 jalan kita org pegi n balik beli plastic bag. mana tak nya mak sruh kita org balik cepat. tapi anis bawa kereta mcm kura2. haish. ziha n akak push anis bawa kereta laju sikit. haha mmg lawak sgt time tu. 


pelamin ala2 inggeris la konon (hehe.jealous ni sbnrnya

   
me ^_^


ahak. 3 bunga dlm family :)


raja sehari 


3 sekawan

selamat pengantin baru

angah & kak aida
love
NNR ^_^
  


Sunday, March 18, 2012

KEHIDUPAN DI PLKN AKHIRNYA SELESAI !

memang banjir KSP tadi dgn air mata wira dan wirawati. hampir 3 bulan semua benda kami buat bersama.dan hari ini 17 march 2012 kami terpaksa ucap selamat tinggal kawan2, selamat tinggal cikgu2, selamat tinggal komandan, selamat tinggal staf2 pengurusan dan selamat tinggal warga KSP semua. memamg tak dinafikan ziha pon menangis tadi. sedih kena tinggal kan kawan2 especially kawan2 sabah. hidup kat situ mengajar ziha erti kesabaran, keikhlasan, kejujuran,kasih sayang, perkongsian dan byk lagi la. masa dtg KSP menangis dan masa nak tinggal kan KSP pon menangis :'( 



lagu ni budak2 KSP nyanyi masa malam akhir kita org kat kem. memang sedih sgt bila dgr lagu ni. kawan2 harap kita dpt jumpa lagi ok. ziha sayang korang semua :')

friends 4 ever :)



geng tag merah dan kuning.haha ;)



skuad leader wira alpha



KJ-azman



cikgu md noor



cikgu lola -pk6


I LOVE KSP :)