Tuesday, June 26, 2012

curang vs setia

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

entry kali ni ziha cuma nak kongsi dengan korang semua pengalaman ziha sebelum ni. hope kalau ada pihak yang terasa. ziha mohon maaf. tapi ziha harap sangat pihak - pihak yang terasa tu adalah ke arah kebaikan la :)

kebanyakan lelaki la kan. 3 bulan bercinta. semua nya nampak indah - indah belaka. yang buruk boleh jadi cantik. yang busuk boleh jadi wangi. 6 bulan berikutnya, mula bercerita tentang hal - hal yang berkaitan untuk memasang lebih dari seorang. setahun selepas itu, si dia mula menjauhkan diri sikit demi sikit dari kekasihnya.

masalah ini selalu timbul apabila tiada persefahaman antara pasangan, sikap pasangan anda yang terlalu cemburu, hubungan cinta jarak jauh dan banyak lag sebenarnya punca - pucanya. yang ziha nyata kan adalah punca atau masalah yang utama yang selalu berlaku sekarang ini.


ciri2 kekasih curang

1- Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah - olah ada hal lain yang lebih penting. si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part.

2- Tiba - tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba - tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. ada - ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda - tanda langsung untuk jatuh sakit.

apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh - sungguh dan ingin pulang sendirian. kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3- Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan - makan atau sekadar bersiar - siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. stuasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4- Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. kesilapan anda yang paling kecil pun seolah - olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. walaupun anda cuba sedaya - upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.

paling teruk sekali jika si dia sudah tidak segan - silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5- Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya. sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek - belek telefon bimbit pasangannya. jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.

namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6- Tidak lagi rajin menelefon anda di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali - kali dalam satu hari. si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah. tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7- Berubah sikap dengan ketara jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan. jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.

malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa. dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain - mainkan !!

8- Asyik lewat ketika temujanji anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam - jam menunggu, barulah nampak bayangannya. anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa. jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang. anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam - jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam. anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain.

9- Menerima panggilan telefon secara rahsia sedang makan - makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok - nyorok ketika menjawab panggilan. jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual - bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik.

jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda.

10- Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda! ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan.

11- Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati. jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam - jam.

anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung. tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang. si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain.

12- Kerap memberi alasan sibuk dan penat anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda. si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat. anda sering dibiarkan terkial - kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu. anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya. sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.

tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga. anda perlu menyiasat samada si dia benar - benar sibuk.  mungkin si dia hanya berpura - pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda. lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya.

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain. jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak - agak seolah - olah tidak pasti siapa yang memanggilnya.

begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut. sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! ini adalah kerana dia sering.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain. anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak - gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita. si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda.

jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu. petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya. kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15- Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. mungkin si dia tidak sedar kesan - kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini ? si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16- Marah apabila anda bertanya aktivitinya sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan - rakan nya di sebelah petang.

 pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia. tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain.

 Kesetiaan seorang lelaki juga tidak perlu kita ragui. sekarang terdapat juga lelaki yang setia. cuma jumlahnya agak kecil. mungkin susah untuk kita mencari lelaki yang betul - betul setia pada pasangan mereka. tetapi percayalah, apabila mereka betul - betul ikhlas menyayangi pasangan mereka. anda haruslah menghargai apa yang mereka lakukan itu.



ciri kekasih setia 


1- Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba - tiba menjadi selembut kapas. bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

2- Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. situasi ini terang - terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka - suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. betapa beruntungnya kamu.

3- Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

4- Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. ingat, nasihat bermaksud mengingati. dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

5- Cemburu - satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta !!

6- Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. k alau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi.

7- Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. jangan risau bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu.

8- Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9- Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

10- Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. beruntungnya!

11- Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

12- Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “ you masih sayang i ? ”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang - ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

13- Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bbkan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

14- Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Ironinya, sekarang ini, kita haruslah menerima pasangan kita seadanya. bukan menjadikan mereka sebagai alat yang boleh ditukar ganti. ingatlah !setiap kita harus bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki.

love
nnr :)





 

Thursday, June 14, 2012

KERJA LAST MINUTE :)

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

tak sangka dah bulan june skrg ni. haish. tak lama lagi melangkah la ziha ke alam yg lebih mencabar. alhamdulillah dapat tawaran masuk politeknik. mula2 ingat kan seorang je kena pegi sana. tapi tak sangka ada juga kawan lama ziha yg dapat sama tempat dengan ziha.

semalam baru ziha hantar surat jawapan untuk politeknik tu. hehe. perkara gila yg ziha buat adalah borang jawapan tu sebenar nya kena hantar dalam masa 14 hari dari tarikh yg ziha terima surat tawaran tu masa 1 / 6 hari tu. hehe. gila tak gila tu kan. bila surat dah hantar last minute ni. memang kena marah dengan mak la. biasa la. nazihah kan. memang selalu buat kerja last minute. haha.

tapi yang best nya. ayah cool je ziha hantar borang tu last minute. hehe. ayah boleh kata lagi ' takpa kita hantar guna pos laju. cepat sikit sampai ' . masa dengar ayah kata macam tu rasa lega sangat. mana tak nya. sebelum tu dah kena marah dgn mak dan along sebab buat kerja saat - saat akhir :( lepas tu mula la fikir bukan - bukan. mesti surat tu lambat sampai la. takut tak dapat la. haish macam - macam fikir masa tu. tapi lepas ayah dah kata macam tu. rasa happy sikit la. hehe.

sebelum nak pegi pejabat post utk di - post laju- kan borang jawapan tu. ayah call pihak PSP dulu. then dorang kata kalau surat tu lambat sampai dalam masa 2 3 hari takpa sbb dorang masih terima lagi. fuhh. masa dengar ayah kata macam tu. bersyukur sangat - sangat. ALHAMDULILLAH YA ALLAH :) 

so, ziha dan ayah decide hantar surat tu pakai post biasa je. tak payah pakai post laju. hehe. terbaik la ayah ;)  lepas ni kena buat medical check up pula. haish. nasib baik la borang - borang yang lain pihak politeknik suruh bawa masa hari pendaftaran. kalau dalam masa 14 hari tu juga. memang gila la jadi nya. hehe. 




 love
nnr :)

Wednesday, June 13, 2012

cinta vs cita

assalamualaikum.kalau tak jwb dosa. kalau jwb sayang :)

Sementara tengah tunggu masa utk sambung belajar. baik ziha ber-blogging kan. at least dapat juga isi masa lapang ni. hari tu ada seorang kawan ziha ni. dia minta pendapat tentang cinta dan cita - cita. dia juga tanya mana lagi penting antara dua benda tu.

Ziha kata kat dia yg ziha takda jawapan utk soalan dia. ziha bg tahu dia yg bila ziha dah ada jawapan. ziha akan post kat blog. dan sekarang ni jawapan ziha :)

APA ITU CINTA ?

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna. jika tidak, cinta akan cacat. itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. cuma manusia akan melalui tahap - tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhir nya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap - tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. pada mula nya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. cantik nya itu tulin dan tidak ia bertopeng. bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asal nya satu. bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. dia mahu yang dikasihi nya itu hanya khusus untuk
dirinya. dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuh nya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asas nya sebenar nya cinta itu mengetahui. orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. cinta tidak perlu bertanya. manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. mereka tahu apa yang perlu dilakukan. tapi, cinta cuma tahu bercinta. ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. cinta itu punya deria dan perasaan. cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. cinta ada segala - galanya. sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. cinta mengharap balasan cinta. sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa itulah sifat asal cinta, ia suci bagai kan anak yang baru lahir. mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekal kan cinta itu sesuci mungkin. mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. kerana nafsu lah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. dia senyum pada anda dan merapati anda. anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. kerana sifat cinta yang mempersona ini selalu nya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

apa saja yang dilakukan oleh kekasih nya, mempersonakan nya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. akal itu mampu dikalah kan oleh nafsu. nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilai nya. sebenar nya anggapan itu tidak tepat. jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda ? benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
APA ITU CITA - CITA ?

Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. cita - cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh - sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan - angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. bila sesaorang itu ada cita - cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilalui nya.

dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita - citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.dia juga perlu menyabarkan orang - orang yang bersama - samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.

Bila cita - cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan. bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita - cita. oleh sebab itu hidup perlukan cita - cita, perjuangan perlukan cita - cita dan kejayaan juga perlukan cita - cita.

Gantunglah cita - citamu di bulan, nanti bintang akan berguguran diribaanmu.


Itu pendapat tentang apa itu cinta dan apa itu cita - cita. bagi ziha, kalau kita ada cinta, tapi tak ada cita - cita tak ada makna nya. dan kalau kita ada cita - cita  tapi tak ada cinta tak ada guna juga kan.

dua - dua sama penting ziha rasa. yang penting kita pandai urus atau atur kan kedua- dua nya. cinta is cinta and cita is cita. dua - dua penting dalam kehidupan kita. so, itu hanya lah pendapat ziha. setiap orang ada pendapat dan pandangan yg berbeza - beza.

apa yang penting, setiap pandangan dan pendapat perlu kita ambil positif. utk kawan ziha tu. ziha harap skrg dia boleh fikir sama ada kedua - dua nya sama penting atau tidak. apa pon keputusan yg kita buat. kita mesti redha dan boleh terus kan hidup dgn gembira dan bahagia :D


love
nnr :)


Friday, June 8, 2012

ANGAN - ANGAN DAN IMPIAN

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb sg :)

setiap manusia, mesti ada angan - angan dan impian masing2 kan. mcm tu juga dgn ziha. rasa nya mcm nak capai semua sekali angan - angan dan impan ni. siapa lagi yg nak realisasikan kalau bukan diri kita sendiri kan.

first, ziha nak share dgn korang rumah idaman ziha. ziha rasa korang pon mesti angan - angan kan benda yg sama kan.


cantik kan. alangkah bahagia nya kalau dpt rumah
mcm ni :)



ala - ala taman gitu + inggeris design



modern design 


cantik nya. ada swimming pool. haish


tak dpt mcm rumah2 kat ats tu.
rumah ni pon jadi la.
hehe


ok skrg kita tgk bathroom design nya pula. ngee



cantik kan. siap ada jakuzi sekali :)

cute je bathroom ni


smart lah



simple bathroom. modern design


tak sah la kalau kita tak tunjuk gmbar kitchen, bedroom and living room dia mcm mana kan :D


simple dan tak terlalu semak dapur tu.
hehe


cantik bukan. haish. geram tgk design ni


simple design



pilihan colour yg agak lembut + ceria


nice :D


modern bedroom


menarik.
tak terlalu byk brg.
i like :)


design yg sgt simple.
tak perlu letak byk brg pon


tema hitam putih. nice


ok tadi kita cerita pasal rumah kan. skrg ziha nak cerita pasal kereta dan motor yg ziha nak sgt :)



amacam. cantik tak BMW ni ? hehe


insya-allah tak lama lagi milik ziha.
perasan kejap.
ngee


sport car. yeah i love it :D


jenama ducati. 
serious ziha mmg minat naik 
motor yg berkuasa tinggi ni


style la  ^_^


best nya kalau dpt ni

kadang2 angan - angan boleh jadi impian. yg penting mesti kena ada usaha nak dpt kan apa yg kita ingin kan tu. jgn la korang semua ni angan - angan mat jenin. nak kan sesuatu tanpa usaha. harap sgt impian ziha jadi kenangan. amin :)

love
nnr :)

Tuesday, June 5, 2012

ISTANA NEGARA ft. PESTA BUKU

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

actually dah lama dah nak post entry ni. tp faham2 je la. org busy mcm ziha  ni mana ada masa. haha. ( busy la sgt kan ) ok. meh kita cerita2 pasal entry kali ni. 6 mei hari tu. ziha dgn family pegi istana negara. mak yg beriya - iya sgt nak tgk. then sblm pkul 9 lagi kita org dah keluar. syok juga la kat sana. ramai org. tp yg sadis ( sedih ) nya dorang cuma tunjuk brg2 agong yg skrg ni je.



ni gmba ziha dgn aiman kat pintu masuk istana




ni kalau tak silap tmpt mkn + bilik tidur
tp pengunjung mmg tak dibenarkan
masuk.




ni hukum kanun melaka. and yg ni manuskrip yg asal



ok yg ni ziha tak pasti apa dia. al maklum lah. 
masa pegi tu ngat apa dia.
ni tiba2 boleh lupa pula.
if korang nak tahu. korang boleh 
pegi lawat pameran ni.



ok ni lagi satu gmba ziha lupa apa dia. 
sorry guys :(



ok ni senarai nama2 agong yg memerintah negara kita :)



biodata permaisuri agong




koleksi jam Yang di - Pertuan Agong



ok siapa2 yg dah tgk semua pameran tu. 
korang boleh tulis la komen korang
kat buku yg disedia kan


OMG !! penceroboh
haha.ni antara gimmik akak ziha

  
siapa ni ? haha.
ni gmba kat taman yg ada kat situ

ni je gmba yg ziha sempat ambil. hope korang suka. kalau korang nak tahu lebih byk lagi info2. korang boleh pegi tgk sendiri pameran ni. 

lepas penat pusing istana lama ni. sblm terus kan kita org punya perjalanan. kita org berhenti rehat kejap utk sarapan pagi. sbb kita org tak sempat sarapan. hehe.

ok. perut pon dah kenyang. kita org terus kan perjalana. haha. kita org pegi pesta buku kat PWTC. pergh. sesak gila kat situ. even hari tu last day. tp mmg ramai la. nak jalan pon susah. 

byk juga booth yg di buka. yg penting. tempat yg ziha n akak ziha tuju sudah semesti nya booth novel. hehe



kaki novel. best korang semua cerita2 ni. 
rugi2 siapa yg tak beli lagi



with penulis novel yg terkenal skrg.
kak SYAMNURIEZMIL 
 weee jgn jealous korang :P

ok ni je entry ziha utk kali ni. hope korang enjoy + happy :)

love
nnr ^_^