assalamualaikum. kalau jwb syg. kalau tak jwb dosa :)
rasa nya dah lama tak post apa - apa kan. ziha cuma nak share dgn korang semua pasal entry kali ni.
adil tak kalau kita ada pasangan tapi kita sendiri rasa yang kita tak dihargai. apa korang rasa kalau nampak gambar berdua pasangan korang dgn seorang lelaki / perempuan yang sangat rapat dan mesra ? mungkin ada sesetengah daripada kita yang tidak kisah dengan hal itu dan menganggap mungkin mereka hanya kawan. tapi kalau dah berulang kali asyik tangkap gambar berdua rapat - rapat. adakah akan ada petanda buruk yang berlaku ?
bila pasangan kita tidak suka kita berdua atau "snap" gambar dengan org lain. tetapi dorang boleh pula membuat perangai yang sebegitu. adil ke untuk kita macam tu ? tak adil bukan. sebagai lelaki / perempuan, kita mesti kena faham perangai pasangan kita. tak kan kita nak bagi tahu atau nak berlaku jujur bila dah ada hati yang terluka nanti.
setiap pasangan perlu memahami perasaan pasangan masing - masing. bukan tujuan untuk mengongkong kehidupan atau control hidup pasangan. tetapi hanya lah untuk lebih mengenali hati dan perasaan masing - masing dengan lebih dekat lagi.
seandai nya korang ada teman tapi mesra yang begitu rapat, tidak perlu lah korang mengungkit hal - hal peribadi atau cerita - cerita lama korang yang "mesra" tu pada pasangan. ini boleh membuat pasangan anda cemburu !!! dan pada teman tapi mesra tu pula, jangan lah anda terlalu bergantung pada dia atau bersikap "gedik" hanya untuk mengingat kembali memori lama kamu berdua sedang kan dia sudah pun mempunyai pasangan yang mampu membuat dia gembira dan bahagia. sedang kan anda pula perlu mencari seseorang teman tapi mesra yang lain bagi mengelakkan daripada berlaku 'perang' antara dia dan juga pasangan nya.
bagi yang dah ada pasangan tu pula. jangan lah korang 'snap' gambar berdua dengan lelaki / perempuan lain. mungkin niat korang 'snap' gambar tu sekadar suka - suka. tapi andai kata lelaki / perempuan tu jatuh hati pada korang. dan cuba menarik perhatian daripada korang. apa yang korang boleh buat ? korang akan merasa kesian pada lelaki / perempuan tu dan jadi kan dorang pasangan korang tanpa pengetahuan pasangan korang yang pertama. adil ke korang buat begitu ?
pada kaum adam kat luar sana. korang sepatutnya menghargai apa yang telah korang miliki. bukan nya korang menyakiti hati dan perasaan kaum hawa. ziha ingat lagi kata - kata ustaz idrus "
HARAM jika jadi kan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya " . kalau memang niat korang nak jadi kan pasangan korang tu adalah pasangan yang halal buat selama nya. jangan lah korang menyakiti hati mereka. dan kalau korang takda niat untuk menikahi mereka. jangan lah korang cuba - cuba untuk menyentuh pintu hati mereka.
berlaku jujur lebih baik daripada korang sembunyi kan sesuatu hal. kadang - kadang perkara yang kecil tu lah yang perlu dititik berat kan. jangan korang ingat perkara / masalah kecil boleh dibuat main - main. sebelum buat sesuatu apa salah nya korang beritahu pada pasangan. itu lebih sweet dalam perhubungan. jangan bila dah berlaku sesuatu baru korang rasa menyesal. apa pun tak boleh buat kalau 'nasi dah jadi bubur'.
entry kali ni ziha cuma nak berkongsi dgn korang semua apa yang ziha nampak daripada orang sekeliling ziha. kita hidup kat dunia ni memang tak sempurna. sebab tu Allah jadi kan hamba nya hidup secara berpasang pasangan iaitu adam dijadikan untuk hawa supaya boleh melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain :)
yang mana terasa tu hope korang ambil note ni untuk berubah kepada yang lebih positif :)
love
nnr :')