Friday, November 16, 2012

Jodoh !

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang :)

lama rasa nya tak post apa2 kat blog ni. mesti korang2 semua dah rindu kan (ok perasan kejap.ngeh ngeh) sorry la korang semua k. lately ni sibuk sikit dgn final exam. al maklum la kan. org lain semua dah habis final. kita ni baru je nak final. so sibuk study. sibuk dgn cik abg kita lagi (uhuk uhuk) haish batuk pula tetiba. huhu.

ok nak story mory sikit la dgn korang ni kan. dah penat study. so rasa nya nak luang kan sikit masa ni utk update blog saya yg tercinta ni. cewah. hehe. ok kali ni nak story sikit la pasal 'JODOH'.

bila ckp pasal jodoh kan. apa yg terlintas kat dlm kepala korang2 semua ? mcm ziha la kan. ziha selalu fikir jodoh tu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tapi harus lah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya.

ok kalau korang nak tahu, tanda jodoh dalam Islam itu adalah '3M'. Apa itu '3M' eh ? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yg lebih baik InsyaAllah itu lah jodoh kita.


Memahami 

- Setiap pasangan mesti lah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. 

Memaafkan 

- Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga atau sesebuah perhubungan. 

Memotivasikan 

- Pasangan mestilah memotivasi kan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga dah sesebuah perhubungan itu. namun sikap memotivasi kan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda :D

Jodoh dari Syaitan

- merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu di mulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. 

- iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah  kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

Jodoh dari Jin

- ini berlaku di mana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

- iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomoh kan dan disihir kan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

Jodoh dari Allah SWT

- jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehingga lah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta.

- iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2 nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



kat sini ada dua doa yg korang boleh amalkan la :-







lumrah la kan setiap org mesti pernah gagal dalam percintaan. so mesti siapa2 yg pernah putus cinta tu mesti la frust gila2 kan. apa yg kita buat semuanya serba serbi tak kena. so korang kena amalkan doa2 kat atas tu k.selamat beramal :)

love
nnr :)