Friday, December 30, 2011

Romantik Komedi :)

assalamualaikum :)
ok ziha nak share dgn korang semua psl novel. novel ni kalau korang baca mmg korang pon cair la dgn jln cerita dia. rasa nak baca berulang-ulang kali cerita dia
 ok ziha nak kongsi 3 buah novel yg ziha dah baca. tip top babe jln cerita dia. best sgt. wah rasa mcm nak carik lelaki yg ade ciri2 dlm ceritu tu :)
terrrrrrrrrbaikkkk !!!

cerita yg sgt menarik dan tertarik. hehe kalau sape2 yg suka baca novel tu korang beli la novel ni. korang tak kan ade rasa menyesal lps baca :) novel ni ziha amik masa 1 hari utk habis kan. bak kata akak ziha 'kalau baca novel sanggup tak tido tp suruh bukak buku belajar baru 1 jam dah ngntuk' hehe nak buat mcm mana kan dah jln cerita novel tu best. kalau baca separuh tak syok pulak. haha


ok novel ni pon best jugak <3 rasa mcm nak baca byk kali. kalau ade sape2 yg suruh ziha cerita balik pon boleh sbb cerita dia best sgt. suka watak2 dlm cerita ni. cute n simple. tak terlalu byk konflik. so bila baca pon rasa tak nak berhenti langsung. hehe :D

 
sape kata org yg kawin kontrak ni tak bahagia. bahagia tahu tak. ha kalau korang tak percaya beli lah novel ni dan baca sendiri. cerita dia mmg superb habis. korang tak kan ade sikit pon perasaan menyesal ok ;)

sape yg kaki novel tu beli lah novel2 tu. mmg menarik sgt2 jln cerita dia. pabila cinta memanggilku dan cinta kontrak ni novel baru kat pasaran. so korang cpt2 la beli. terlanjur mencintaimu pon novel baru jgk ok. hehe. ok utk pengetahuan korang novel2 ni akak ziha punya. hehe ziha cuma pinjam utk baca. nak beli sendiri mmg harapan la kan dan agak kedekut sikit nak keluar kan duit. tapi kalau si sang duit tu dah keluar mmg habis la semuanye. haha :) bkn boros tp duit tu yg mintak keluar smpai habis. hehe ok hope korang baca la novel2 ni ok.best sgt five star ziha bagi :)
 

Saturday, December 24, 2011

SENYUM ;)


nampak tak gmba senyum ni? nampak tak nampak tak? haha. ok dia senyum smpai nampak gigi kan? ziha nak 3 bln ziha kat PLKN org2 yg ziha syg semua nya senyum smpai nmpk gigi ok :) ziha tak nak korang sedih2 terutama skali org2 yg rpt dgn ziha.


syu, ziha nak syu happy2 je tau. 3 bln ziha tak boleh nak tlg syu selesaikan mslh. so syu kalau ade mslh syu cuba la carik kwn2 yg boleh syu luahkan perasaan syu tu :) kalau ziha free kat sana nnt ziha akan call syu. masa tu kalau syu nak luahkan everything kat ziha luahkan je la k. dah 5 thn kita kwn kan. so syu tmpt ziha luahkan semuanya dan ziha tmpt syu luahkan semuanya. syu jgn sedih2 tau bila ziha kat PLKN nnt :) mesti syu bosan kan nnt. yela takde sape nak teman syu msg. kalau nak harap kan si apek tu msg mmg hrpn la kan.kalau ade pon tak slalu :D ingat pesan ziha buat kptsn yg bijak yg boleh buat syu bahagia smpai akhir hayat ok.



to my beloved sister :) 3 bln saya kat  PLKN kak. awak kena tido sorang2 la nmpk nye. dlm masa 3 bln ni jgk sy tak boleh nak tlg awk kalau awk ade mslh kak. kalau awk ade mslh kak awk cuba la cter kat sape2 eh. nnt kalau sy free kat sana sy call awk k n masa tu awk kena cter semuanye kat sy ok ;) kalau dia buruk2 kan awk kat mana2 laman sosial, awk bg tahu sy tau.biar sy belasah da. haha :D sy hrap awk happy eh kak :)



abg syakir, ziha tak risau sgt kat abg kalau ziha kat PLKN nnt sbb abg ade rmai kwn yg slalu bg sokongan. abg kan rmai kwn kat FB tu. ade 1354 kwn kan kalau tak silap ziha lah :) kalau abg ade mslh abg boleh luahkan kat naja a.k.a akak ziha yg abg kata tergoda bila dgr suara akak. abg boleh luahkan kat nurul amarlina a.k.a princess arlyna amarlina ke alia izzati ke nur' aina adlin ke sharifah alia a.k.a alia aliasar ke or kwn2 yg rpt dgn abg :) ziha tahu abg boleh happy walau pon ziha kat PLKN nnt :D ingat senyum square :) jgn sedih2 dah k. one more thing ziha tak jealous pon la kalau abg cuba nak buat ziha jealous. haha :P 



korang semua jgn sedih2 tau masa ziha kat PLKN nnt. terutama skali syu n akak yg paling ziha syg. ziha nak korang happy slalu :) ingat kalau ade mslh cuba selesaikan dgn bijak ok. ziha akan rindu kat syu, akak ziha yg paling ziha syg n kat abg :) korang jaga diri elok2 k. ziha tak kisah kalau hidup ziha tak bahagia. yg penting ziha nak tgk hidup org2 yg ziha syg bahagia ok :D   

Friday, December 23, 2011

PLKN tunggu saya dtg !!!

excited gila ++++ skrg ni. haha. KEM PLKN SERI PERKASA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN. nasib baik la dpt dkt je.senang nak balik. hehe :) baju semua dah kemas, brg2 semua dah beli cuma tinggal 1 2 brg je yg tak beli lagi.

ziha ade tujuan sbnr nye owh pegi sana.nak tau tujuan nye ape. ha tunggu post yg seterusnya ok. sbb ziha tak kan gtau tujuan nye skrg. haha. biar lah rahsia dulu ok ;) 


ni muka waktu mula2 postman tu hntr surat. dia kata mcm ni tau ehem2 

p: ni cik nur nazihah ke?
z: ye saya
p: sila tnda tgn kat sini
z: (muka pelik) ha ok2 :)
p: terima kasih 
z: sama2 :D
p: mmg dah tau ke dpt plkn?
z: haah knpe?
p: owh dpt kat mana?
z: mantin (sibuk nak tau)
p: owh yeke?
z: :)

*dlm hati ziha kata ape tau (uish postman ni sempat nak sembang dgn aku.huh.buang masa je) masa ziha pegang surat ni menggigil tgn ziha sbb tak rela nak pegi :'(


    
*termenung kejap*

'bagus jugak ziha pegi plkn ni. dpt kwn baru, pengalaman baru n yg paling penting dpt lupa kan dia :/ dudk umah pon bkn buat ape. baik pegi sana. dgn muka seikhlas yg mungkin ziha bukak surat tu :)'


 
bukak je surat rasa happy gila ++++ sbb tak lama pon pegi sbnr nye. tiket bas dia dah bagi. tinggal nak buat buku BSN n buat medical check up je. huhu


  ok hasil medical check up yg ziha dah buat. semua nye normal :) huh tp amik masa yg lama nak buat mcu sbb ramai gila org kat klinik bt 9. huh penat menunggu smpai 3 jam baru siap semuanye



ok tiket bas dorang yang bg. tak sabar plak rasa nye nak serah kan tiket bas ni nnt. haha. kat dlm surat tu dia siap bg tau kat mana ziha n pelatih2 lain kena berkumpul n kat mana pusat latihan ziha nnt :)

rasa tak sabar sgt +++ nak pegi. PLKN tunggu saya dtg :D 

NR ^_^  
 

Monday, December 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY AYAH :)



HAPPY BIRTHDAY AYAH. I LOVE U SO MUCH <3 MMUUUAAHHH
sorry sbb adik takde hadiah nak bagi kat ayah :( tak keje lagi so takde duit. huhu. but ayah jgn risau kita org adik beradik termasuk mak ade hadiah special utk ayah. tunggu dan lihat je k. hehe. adik doakan semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki. AMIN. hope ape yg ayah hajati selama ni tercapai dan termakbul semua :') 

DAD, I REALLY REALLY LOVE U !!!!!!!!

WE ALL LOVE U :)

Saturday, December 17, 2011

KEBAIKAN MAKAN COKLAT



Coklat dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.

Coklat  kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
 
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Makan coklat juga dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.
Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Coklat juga boleh membantu mengurangkan stress seseorang.Jadi,sekiranya anda stress makanlah coklat dalam kuantiti yg diperlukan supaya dapat mengurangkan stress yg anda miliki.

bagi ziha,mmg coklat ade keburukan nya tapi coklat jugak ade kebaikan yg boleh kita perolehi.Jadi sesape yg kata mkn coklat tu boleh menggemukkan tu salah ye.sbb coklat ni sedikit sebyk dpt bantu kita dlm kehidupan.Coklat jugak bagi ziha,dpt buat seseorang tu happy terutama sekali golongan wanita,kanak dan penggemar coklat :)
*ok ni je utk hari ni ok.hope korang enjoy :D

  

Friday, December 16, 2011

TIPS BELAJAR DAN MENDAPATKAN KEBERKATAN DRPD ALLAH :)


ok korang selalu study kan but korang tau tak tips bljr sbnr nye.mesti la korang tak tau.betul tak?bagi korang kalau korang rajin korang study, kalau korang malas buku tu mmg korang tak pandang langsung kan.yg korang pandang sekarang ni FACEBOOK,TWITTER,TUMBLR,BLOG n mcm2 lagi la laman sosial yg ade skrg ni.ok kat sini ziha ade bbrpe tips bljr dan juga mcm mana nak dpt kan keberkatan drpd Allah.hope korang semua boleh follow la ye :) 
 
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita  menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
 
Kesimpulannya, selamat beramal :) Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.
 
*hope korang semua enjoy la ye :D

LELAKI ATAU PEREMPUAN?

ape korang rasa kalau ade lelaki bg ayat bunga2 kat korang?mesti korang cair gila kan.sama la mcm ziha.ziha pon mcm tu jugak.tp ziha kena lupa kan semua tu.sbb ziha takut utk mencintai lelaki.takut di kecewakan sekali lagi.sakit sgt hati ni bila dah kecewa.ziha rasa korang pon mesti penah rasa kan.ziha tak suka lelaki yg suka bagi harapan.sgt2 tak suka.sbb dgn harapan dorang tu la drpd seorg kwn menjadi kekasih,drpd seorg abg angkat menjadi kekasih,drpd seorg sepupu menjadi kekasih,drpd seorg musuh menjadi kekasih.haish mcm2 kemungkinan boleh jd.betul tak?thats why kita kena berhati2 bila berkawan terutama sekali berkawan dgn lelaki.sbgai seorg perempuan, kita jgn la mudah termakan sgt dgn janji2 manis atau mengharapkan sgt harapan drpd lelaki ni.kelak kita yg sakit hati tau.so berhati2 dlm memilih psgn hidup :)

tapi ziha tak salah kan lelaki 100% sbb perempuan pon ade jgk yg bg harapan kat lelaki.perempuan pon ade jgk bg ayat2 manis kat lelaki.kalau la lelaki tu tuntut semua janji2 manis perempuan tu 
 mcm mana?tak ke haru semua tu.huh

conclusion nye senang je.lelaki dan perempuan harus menghargai antara satu sama lain.harus memahami antara satu sama lain.perlu jujur dlm perhubungan yg dah dibina.dua2 tak perlu bg harapan yg terlalu tinggi dlm perhubungan.kelak takut ape yg korang harap kan tak kesampaian.korang kena ikhlas menerima kekurangan psgn korang.takde manusia yg sempurna kat dunia ni.so,korang tak payah la nak memilih sgt dlm memilih psgn.bak kata pepatah yg dikendong tak dpt,yg dikejar berciciran.korang nak ke jadi mcm tu.tak nak kan.so kita patut bersyukur dgn ape yg kita dah ade or dah dpt.yg penting dua2 kena lah setia dan ambil berat.

*ok ni je yg ziha nak share dgn korang hari ni :) 

Wednesday, December 14, 2011

JERAWAT? OWH NO !!

makin meningkat remaja,makin byk la jerawat yg timbul kat muka ni.adoi.fenomena jerawat dah jd perkara biasa dah kat remaja skrg ni.ok kat sini ziha ade tips utk hilangkan jerawat.hope boleh membantu anda2 yg ade jerawat tu :)

1. Mencuci wajah 2 kali sehari
-Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
-Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. sebisa mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
-Secara alami wajah kita akan menmproduksi minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebisa mungkin hindarilah hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan karena minyak dan debu akan menjadi media bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

4. Keringkan wajah
-Keringkan wajah kita dengan handuk yang bersih setelah cuci muka atau mandi kerana bakteri juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

5. Minum air putih
-Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.

6. gunakan pelembab kulit
-Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan berarti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.

7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
-Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.

8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.
-Sayur2an mengandung banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

9. Tidur yang cukup dan teratur.
-Kulit juga sama seperti kita, butuh istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Karena saat kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kebali segar.


ok kat sini ade beberapa tips yg anda semua boleh follow.hope dapat bantu anda semua n anda semua kena lah guna pencuci muka yg betol2 bersesuaian dgn kulit muka anda.jgn tgk pencuci tu boleh mencerah kan kulit n boleh hilang kan jerawat anda semua terus beli.mesti baca jgk bahan2 yg digunakan dlm pencuci tu ok ;) 

WHAT? PLKN IS AROUND THE CORNER !

       
ok mula2 bila dpt tau 'TAHNIAH ANDA LAYAK MENEMPATKAN DIRI DI SIRI 9/2012' rasa nak menangis pon ade. mana tak nya ziha dah la tak nak pegi.alih2 kena pegi jugak kan.mmg 'best' la.ok sbb ziha tak nak pegi:
1.tak nak berpisah dgn family
2.tak nak berpisah dgn kwn2
3.tak bersedia lagi nak hidup berdikari
but skrg ni ziha rasa lain.ziha rasa nak pegi sgt2.sbbnya:
1.nak belajar hidup berdikari
2.nak cuba pengalaman baru
3.ziha nak lupakan someone
4.nak carik kwn baru
hehe.gedik kan.but sedih jugak la.ziha kena pegi 1/1/12 iaitu masa befday mak ziha.rasa sedih sbb tak dpt nak sambut befday mak.kat sana nnt ziha akn rindu family ziha sgt2 n kwn2 :'( ziha harap kat sana dpt kwn2 yg baik,memahami each other,ikhlas n jujur tu yg penting n dpt cikgu (cikgu ke?belasah la) yg baik2 :) hope enjoy la kat sana nnt.AMIN :D

NOTHING TO SAY!

confuse+sad=unhappy. why?em nothing! yeah. tak nak benda yg sama berulang lagi. so conclusion,takut utk mencintai dan dicintai.single lebih baik.tak payah nak fkir psl org lain. tak payah nak gaduh2.buat semak otak.ape yg penting skrg ni fkir psl masa depan.n itu yg lebih baik skrg ni :/ so,lelaki2 kat luar tu jgn la nak bg ape2 harapan kat ziha sbb ziha tak suka semua tu.ok :) terima kasih

Tuesday, December 13, 2011

SPM? DONE !

alhamdulillah syukur ya allah.akhirnya habis jugak SPM. walaupun org lain dah habis exam,kita org ni baru menikmati hari2 yg indah.haha.huh spm sudah melabuhkan tirai tepat pukul 12.00 tengah hati tadi bersamaan 13/12/11.huh happy sgt2 :). skrg ni tinggal tunggu keputusan je la.takut pon ade gak.habis exam tadi ziha sempat snap gambar dgn cikgu n kawan2.








 ni la gamba yg sempat ziha snap tadi ^_^

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN :)

1.Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

2.Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah sempurna. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali.

3.Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

4.Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

5.Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Monday, December 12, 2011

SAHABAT :)

nur syuhadah

ziha kenal syu ni masa kita org form 1 lagi.dia kawan yg memahami :) sepanjang kita org berkawan,ziha rasa tak pernah langsung kita org bergaduh :D happy dpt kawan mcm syu.kita org dah berkawan hampir 5 tahun.byk jgk la suka dan duka yg kita org tempoh.then kita org plan nak lanjutkan pljrn kat universiti yg sama n amik kos yg sama.syu bestie yg the best la :)
umi athifah

umi athifah bt rosli.sedap kan nama dia.orang nya kecik molek je.cute :D ziha dgn umi kenal since form 1 lagi but kita org mula rapat masa form 2.seorang kawan yg baik.jarang membantah org nya ni.hehe.dari form 1 smpai form 5 kita org sama kelas kecuali form 3 kelas lain2.time tu terpaksa la berpisah.sobsob.kwn yg baik sgt2.

nur farah natasha

ha ni seorang lagi kawan ziha,tasha.dia ni tau je kalau ziha ade masalah.even kita org baru kenal 2 tahun tp mcm da kenal lama sbb dia btol2 memahami.baik gila la si tasha ni.yg best nya dia suka belanja kwn2 dia.hehe.thanks tasha :) even keluarga dia agak kaya,tapi tak pernah pon sombong.dia ni peramah.sape2 yg kenal si tasha ni sure akan jd gila sbb perangai nya yg gila2 sama mcm ziha.hehe.

siti syafawati fazira

syafa ni pon ziha baru kenal dia 2 thn sama mcm tasha.dorang ni baru msuk kat skola ziha masa form 4.si cantik manis ni baik orang nya.sikit pon tak pernah kisah kalau ade org mintak tolong.semua nya dia buat dgn ikhlas :) kkdg dia ni panas baran org nya.so jgn la buat dia marah.sekali singa dah bukak mulut susah beb.haha.sorry syafa eh :) 



*happy kawan dengan dorang ni.perangai masing2 semua nya agak gila2 sikit.kita org kalau tak puas hati tu mmg ckp depan2 takde rahsia2.so senang la kan takde la bab sentap-menyentap.hehe.guys,ziha mmg happy sbb dpt kawan macam korang ni.kalau kita bergaduh tu biasa la kan.lumrah dlm kehidupan.huhu.sayang korang semua <3




                                                                                

Sunday, December 11, 2011

ceritera 5 org abg angkat :)

muhammad azim musa.

ni abg angkat ziha yg first skali.haha.nice boy.ziha puji abg ni.nnt jgn lupa belanja ape2 tau.hehe.seorg abg yg baik sgt.sanggup belikan akak ziha novel.so sweet.haha.

fawaz wafiy

abg fawaz ni player badminton.dia kalau boleh nak jd mcm lee chong wei.chaiyok abg :) ok abg ni dah ade special girlfriend.so takde org yang boleh kacau dia.haha.hope abg dpt jd mcm lee chong wei :D

 muhammad azim zulkamal

abg azim ni abg kpd kwn ziha,afiq.abg ni baik tau.kkdg tu dia call ziha smpai hbis kedit.hehe.sorry la abg.tu la sape sruh call.abg dah la guna maxis ziha plak guna celcom.mmg mahal la kan.tp abg kata takpe demi adik abg.haha.so sweet :) abg belajar elok2 ok :D

abdul muhaimin

ni lagi seorang abg angkat ziha.abg angkat yg ni ziha tak berape nak rapat sgt.sorry ye bang.kita org kalau chat pon dlm fb.so tak de la rapat sgt.tp dia ttp abg yg baik utk ziha.abg pon sama tau.ziha harap abg belajar rajin2 ok :D

muhammad syakir

handsome tak abg angkat ziha ni?handsome kan.haha.jgn perasan la eh abg.saje2 je ziha puji ni.haha.abg angkat yg suka lps bwt sesuatu lps tu dia akan ckp sorry semua.haha.mcm kelakar kan.tp takpe.mungkin dia dah biasa buat mcm tu.huhu.abg syakir mmg baik.kkdg dia suka call ziha.dia telah menggantikan abg azim zulkamal yg selalu call ziha.haha.thanks eh abg.but sorry jugak sbb membazirkan kedit abg.nasib murah sbb dua2 pkai celcom.haha.

p/s:-ziha sayang sgt2 dekat abg2 semua ok :D luv u so much <3





5 PUNCA MATA ANDA CEPAT LETIH

 1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

NEW HERE !

saya baru di sini :) tolong bagi utk ajar ye :D