Coklat dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.
Coklat kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Makan coklat juga dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.
Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
Coklat juga boleh membantu mengurangkan stress seseorang.Jadi,sekiranya anda stress makanlah coklat dalam kuantiti yg diperlukan supaya dapat mengurangkan stress yg anda miliki.
bagi ziha,mmg coklat ade keburukan nya tapi coklat jugak ade kebaikan yg boleh kita perolehi.Jadi sesape yg kata mkn coklat tu boleh menggemukkan tu salah ye.sbb coklat ni sedikit sebyk dpt bantu kita dlm kehidupan.Coklat jugak bagi ziha,dpt buat seseorang tu happy terutama sekali golongan wanita,kanak dan penggemar coklat :)
*ok ni je utk hari ni ok.hope korang enjoy :D
No comments:
Post a Comment