Thursday, June 14, 2012

KERJA LAST MINUTE :)

assalamualaikum. kalau tak jwb dosa. kalau jwb syg :)

tak sangka dah bulan june skrg ni. haish. tak lama lagi melangkah la ziha ke alam yg lebih mencabar. alhamdulillah dapat tawaran masuk politeknik. mula2 ingat kan seorang je kena pegi sana. tapi tak sangka ada juga kawan lama ziha yg dapat sama tempat dengan ziha.

semalam baru ziha hantar surat jawapan untuk politeknik tu. hehe. perkara gila yg ziha buat adalah borang jawapan tu sebenar nya kena hantar dalam masa 14 hari dari tarikh yg ziha terima surat tawaran tu masa 1 / 6 hari tu. hehe. gila tak gila tu kan. bila surat dah hantar last minute ni. memang kena marah dengan mak la. biasa la. nazihah kan. memang selalu buat kerja last minute. haha.

tapi yang best nya. ayah cool je ziha hantar borang tu last minute. hehe. ayah boleh kata lagi ' takpa kita hantar guna pos laju. cepat sikit sampai ' . masa dengar ayah kata macam tu rasa lega sangat. mana tak nya. sebelum tu dah kena marah dgn mak dan along sebab buat kerja saat - saat akhir :( lepas tu mula la fikir bukan - bukan. mesti surat tu lambat sampai la. takut tak dapat la. haish macam - macam fikir masa tu. tapi lepas ayah dah kata macam tu. rasa happy sikit la. hehe.

sebelum nak pegi pejabat post utk di - post laju- kan borang jawapan tu. ayah call pihak PSP dulu. then dorang kata kalau surat tu lambat sampai dalam masa 2 3 hari takpa sbb dorang masih terima lagi. fuhh. masa dengar ayah kata macam tu. bersyukur sangat - sangat. ALHAMDULILLAH YA ALLAH :) 

so, ziha dan ayah decide hantar surat tu pakai post biasa je. tak payah pakai post laju. hehe. terbaik la ayah ;)  lepas ni kena buat medical check up pula. haish. nasib baik la borang - borang yang lain pihak politeknik suruh bawa masa hari pendaftaran. kalau dalam masa 14 hari tu juga. memang gila la jadi nya. hehe. 




 love
nnr :)

26 comments:

Anonymous said...

salam..hye awak kter arien..sje je nk tye awak dpt poly kt mne???

Unknown said...

hye.politeknik seberang perai,permatang pauh :)

Anonymous said...

ohhhhh yeke...ingtkan sme ngn kter tdy..hheheeh,,,sje je nk tahu..amek course ape??

Unknown said...

business study.awk poli kat mana ?

rara said...

ziha masuk psp last year ea ?

Unknown said...

yups last year :) knpa ? :D

Anonymous said...

Salam ziha! lepas sya baca blog awak ni, lega rasa hati sya! Im having the same problem like yours right now! Nak hanta borang jwpan tu hari ahad but pos laju tutup la pulak. Even worse, hari isnin and selasa cuti umum la pulak. Hanya Allah je tau betapa panik sya at that situation. x.x terima kasih bnyk2 for sharing this story! May Allah bless you. C:

Unknown said...

actly entry ni 3 thn yg lps.but sampai skrg still terbayang bayang apa yg dah jadi.apa pun sbnr nya kita kena redha n tawakal byk2 laaa. sbb sbnr nya salah diri sendirikan.hihihi.awak dpt further stdy kat poli jugak ke ?

Unknown said...

actly entry ni 3 thn yg lps.but sampai skrg still terbayang bayang apa yg dah jadi.apa pun sbnr nya kita kena redha n tawakal byk2 laaa. sbb sbnr nya salah diri sendirikan.hihihi.awak dpt further stdy kat poli jugak ke ?

Unknown said...

Salam. Takpe ke kalau lambat 2 3 hari ? Sye pun buat last minute . Huhu

Unknown said...

Salam. Takpe ke kalau lambat 2 3 hari ? Sye pun buat last minute . Huhu

Unknown said...

Salam. Takpe ke kalau lambat 2 3 hari ? Sye pun buat last minute . Huhu

Unknown said...

Wa'alaikumsalam, maaf lambat baca. In shaa Allah takpa.tp kena call dulu la pihak management dekat poli or uni tu

Unknown said...

Salam. Nk tnye ni, so awak hantar borang jawapan poli melalui pos la kiranya ? Bkn pegi walk in ke head office ?

Nazihah Riduan said...

@shaffina - boleh je hantar borang jwpn pakai post but make sure borang tu semua complete la :) @the winkiez - Wa'alaikumsalam, post je surat tu. Kalau awk duduk jauh dari tempat belajar tak kan awak nak walk in juga kan :D

Unknown said...

Takpe ke hantar lambat mcm esok tutup harini baru hantar? Tapi saya hantar walk in je sebab rumah dekat dgn poli. Boleh ke?

Unknown said...

Takpe ke hantar lambat mcm esok tutup harini baru hantar? Tapi saya hantar walk in je sebab rumah dekat dgn poli. Boleh ke mcm tu?

Lili said...

Borang yg nak kena hantar ke poli semua kena cop pengesahan ke?

Nazihah Riduan said...

For those yang tanya boleh ke tak hantar sehari sebelum borang2 kemasukkan belajar tu, kita cuma nak pesan satu je, kalau boleh hantar awal tu sgt2 digalakkan & bagus. If korang mmg tak ada masa ke atau apa ke kita nasihatkan utk korang call tempat belajar itu okay ;-) Elakkan buat kerja last minute mcm kita okay :) and utk yang tanya sama ada perlu ke cop pengesahan utk document tu semua, kalau kita kita cop je utk elakkan masalah di kemudian hari.Apa apa pun korang cuba baca dulu instruction dkt situ okay.

Muhd Irfan said...

Saya salah letak nama patutnya jabatan hal ehwal murid tapi saya tulis ketua pengarah politeknik. Harap" xde masalah 😭😭

Muhd Irfan said...

Saya salah letak nama patutnya Jabatan Hal Ehwal Pelajar tapi saya tulis Ketua Pengarah Politeknik. Harap" xde masalah

Anonymous said...

Saya pun last minit tadi petang smpat hantar borang jawapan...paling teruk ni tawaran rayuan poli, tpi mmg kelam kabut lah cari pejabat pos yg bukak...last last kat tesco kajang bukak...mintak tolong ayah call pihak poli disuruh call sendiri, maka sya ws shja tpi org tu bluetick sahja mesej saya��������ingatkan tak dpt poli, nak masuk u swasta je bulan 8 nnti last last dpt mesej tu yg terkejut...i mean i kenot brain sbb everything about upu saya dh lupakan segala kos yg ada dlm tu saya pasrah nak tinggalkan...ape yg saya fikir time tu hanyalah keadaan saya belajar kat u swasta smpai fikir ke alam pekerjaan

Nazihah Riduan said...

@mohd irfan - its okay janji awak nak hantar dkt alamat poli yg sama. InshaAllah sampai je nnt document awak dkt JHEP

Nazihah Riduan said...

@Anonymous - InshaAllah kalau dah rezeki awak masuk poli tak kemana. Elakkan untuk whatsapp diaorg sbb kadang2 awak mmg akan dpt bluetick je. So nak selamat call poli terus. awak pun tak risau dapat bluetick je. hehehe

Natasha said...

Assalam...memang kene hntar borng tawaran sebelum tarikh pendaftaran ke?.....saya confused:-(
Habistu hari pendaftaran nnti akan ada borng lain atau mcam mane?sebb akan ada pendftaran online kan?

Nazihah Riduan said...

@Natasha - mmg kena submit borang2 tu. Nak selamat awak fotostat la borang2 yang nak kena submit tu dulu supaya awak ada 1 copy utk simpanan.